XtGem Forum catalog
Cablack
Home | Blog | Tentang gue | Partner
2024-11-21 16:38United States
Asal Usul Kejadian Manusia
Pertama Menurut Al Quran
DIALOG ALLAH DENGAN PARA
MALAIKAT

Malaikat
Apabila Allah SWT hendak
menjadikan manusia yang
pertama di muka bumi ini,
maka Allah SWT memberitahu
kepada Malaikat bahawa Allah
SWT akan menjadikan sejenis
makhluk yang berlainan
daripada Malaikat dan juga
tidak sama dengan makhluk-
makhlukNya yang lain yang ada
pada masa itu. Makhluk yang
dimaksudkan ialah manusia.
Manusia akan menjadi khalifah
di muka bumi untuk
membangunkan dunia ini
sebagai tempat menjalani
kehidupan. Dialog Allah SWT
dengan para Malaikat tentang
kejadian awal manusia. Allah
berfirman kepada Malaikat
“Aku akan menjadikan di atas
muka bumi ini khalifah”, Para
Malaikat menjawab ”Apakah
Engkau ya Allah akan
menjadikan khalifah di atas
muka bumi ini? mereka yang
akan melakukan bencana
dengan menumpahkan darah
sesama sendiri, sedangkan
kami makhluk yang sentiasa
beribadat dengan bertasbih,
bertahmid dan mengucap
Subhanallah kepada Engkau.”
Allah menjawab kepada para
Malaikat ”Sesungguhnya aku
mengetahui apa-apa yang tiada
kamu tahui” (QS al-Baqarah
ayat 30). Dengan jawaban
tersebut semua Malaikat akur
dan mengakui bahawa
sesungguhnya Allah SWT itu
Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. Lalu Allah SWT
menjadikan manusia walaupun
mendapat bantahan daripada
Para Malaikat.

Adam
ASAL KEJADIAN MANUSIA
MENGIKUT AL-QURAN
Allah menjadikan Adam
daripada tanah liat dengan
rupa bentuk yang sempurna
dan cantik. Firman Allah
”Sesungguhnya Kami jadikan
manusia dengan sebaik-baik
bentuk” (QS al-Tin ayat 4).
ADAM DIHIDUPKAN
Setelah tubuh Adam sempurna
dijadikan oleh Allah, ku tiupkan
rohKu (kepunyaan ku) kepada
jasad Adam, yang ditempa
daripada tanah, maka
bertiaraplah mereka (malaikat)
sujud kepadanya (QS al-Sad
ayat 72). Bersama-sama
dengan roh dimasukan juga
tenaga yang menjadi kekuatan
kepada jasad itu, Tuhan
mengabungkan nafsu, akal dan
kemahuan (iradah) dengan roh
dalam jasad manusia.
Disamping nafsu, akal dan
kemahuan yang menjadi
tenaga dalam jasad Adam, Allah
masukan juga dalam diri Adam
apa yang dipanggil ”hawa”
iaitu suatu perasaan cenderung
melakukan dosa. Allah S.W.T
menjelaskan tentang hawa
”Dan janganlah engkau (Nabi
Daud) menurut hawa, maka
kelaknya ia akan menyesatkan
kamu dari jalan (agama)
Allah” (QS al-Sad, ayat 26)
SEMPURNA KEJADIAN
MANUSIA PERTAMA
Setelah Adam hidup dengan
jasmani(jasad), rohani,
nafsu, akal dan hawa, maka
sempurnalah sifat-sifat
kemanusiaan pada manusia
yang pertama iaitu Adam. Maka
sempurnalah kejadian manusia
yang pertama. Sesungguhnya
manusia adalah sebaik-baik
kejadian dan makhluk yang
diciptakan oleh Tuhan.
ADAM BELAJAR DAN
DIBERIKAN ILMU
PENGETAHUAN OLEH ALLAH
S.W.T
Apabila Adam telah hidup dan
digelar manusia, maka Allah
kurniakan kepada Adam ilmu
pengetahuan yang amat luas
dan Allah memberikan
penghormatan yang sangat
tinggi kepada manusia (Adam).
Allah mengajar kepada Adam
ilmu pengetahuan, Dia
mengajar Adam akan segala
nama benda di atas muka bumi
ini, kemudian Dia
memerintahkan para Malaikat
supaya menyebut nama-nama
benda sebagaimana yang diajar
kepada Adam. Para Malaikat
mengaku tidak tahu nama-
nama benda itu kecuali
mengetahui apa yang diajarkan
oleh Allah kepada mereka
sahaja. Selepas itu Allah
memerintahkan Adam supaya
menyebut nama-nama benda
tersebut sebagaimana yang
diajarkan oleh Allah, lalu Adam
menyebutnya satu persatu
dengan lancar.
Setelah itu Allah perintahkan
para Malaikat supaya hormat
sujud kepada Adam, perintah
itu dituruti dan dipatuhi oleh
semua para Malaikat kecuali
Iblis, maka iblis dihalau oleh
Allah dari rahmat-Nya, dan Iblis
termasuk dalam golongan
”kufur” iaitu mereka yang
engkar perintah Allah. Allah
berfirman ”Maka apabila telah
Aku sempurnakan kejadiannya
maka Aku tiupkan roh, maka
hendaklah para Malaikat tunduk
dan sujud kepadanya (Adam),
maka para Malaikat sujud
semuanya kecuali Iblis, ia
menjadi degil dan
menyombongkan diri dan dia
termasuk ke dalam golongan
orang kafir” (QS al-Sad ayat
72-74).
BAGAIMANA HAWA (ISTERI
ADAM) DIJADIKAN
Setelah lengkap dan sempurna
kejadian Adam, maka hiduplah
Adam disuatu tempat yang
bernama syurga, Suatu hari
Adam bersiar-siar menyaksikan
keindahan syurga dengan
kehijauan yang menyamankan
mata yang memandang,
derauan air sungai yang
mengalir tanpa henti dan
kicauan unggas yang
berpasang-pasangan, lantas,
terlintas didalam hati Adam, dia
merasa kesunyian kerana tiada
teman untuk berbicara dan
tidak ada sesiapa yang akan
menenangkan jiwanya.
Pada suatu ketika, sebaik
sahaja bangun daripada tidur,
tiba-tiba Adam melihat seorang
manusia disampingnya, lalu
Adam pun bertanya ”Siapakah
engkau?” Manusia itu
menjawab ”Saya seorang
perempuan yang dijadikan
untuk berjinak-jinak dengan
kau”. Malaikat pun bertanya
”Siapakah nama perempuan
itu?”. Jawab Adam ”Hawa”,
Malaikat bertanya ”Kenapa
namanya Hawa?” Adam
menjawab ” kerana ia dijadikan
daripada benda yang hidup,
iaitu, dirinya (Adam)
sendiri” (QS an-Nisa ayat 1).
Dari segi akidah dan tauhid kita
wajib percaya bahawa Adam
dijadikan daripada tanah
melalui proses tertentu oleh
Allah S.W.T dan Hawa dijadikan
daripada diri Adam yang satu.
Jadi Hawa perlu taat kepada
Adam.
ADAM DAN HAWA
DIPERINTAH TINGGAL DALAM
SYURGA
” Dan kami berkata; Wahai
Adam tinggallah engkau dan
isteri engkau dalam syurga dan
makanlah makanan-makanan
yang terdapat pada nya
dengan mewah dan pilih apa
saja yang engkau berdua
inginkan dan janganlah kamu
berdua mendekati pohon ini,
kalau kamu berdua berbuat
demikian makan engkau
berdua akan termasuk ke dalam
golongan orang-orang yang
zalim” (QS al-Baqarah ayat 35)
Lalu Kami berfirman : Wahai
Adam sesungguhnya ini (Iblis)
adalah musuh engkau dan
musuh isteri engkau, maka
sekali-kali jangan sampai ia
(Iblis) mengeluarkan engkau
berdua dari syurga yang
menyebabkan kamu akan
mendapat celaka (kehidupan
engkau menjadi susah
berbanding hidup di syurga),
sesungguhnya kamu tidak akan
kelaparan di dalamnya (syurga)
dan tidak akan bertelanjang
(tidak memakai pakaian)”(QS
Thaha ayat 117-119)

Adam
ADAM DAN HAWA
DIKELUARKAN DARI SYURGA
DAN MENJALANI HIDUP DI
BUMI
Iblis berjaya memperdayakan
Adam dan Hawa dengan
mengatakan bahawa ”Kalau
engkau berdua dapat memakan
buah yang dilarang oleh Allah
itu, kamu akan dapat hidup
kekal dalam syurga”. Adam dan
Hawa pun terpengaruh dengan
kata-kata Iblis itu serta
didorong oleh perasaan ingin
terus hidup mewah dalam
syurga, lalu mereka memakan
buah larangan Tuhan itu.
Bermula disaat itu, mereka
telah melanggar perintah
tuhan, setelah menyedari
kesalahan tersebut, maka Adam
telah meminta keampunan dari
Allah dan Allah telah memberi
keampunan kepada mereka
berdua. (QS Taha ayat 120-121)
Setelah itu, Adam dan Hawa
diperintahkan meninggalkan
syurga dan turun ke bumi, dan
dibumi keturunannya akan
hidup bermusuh-musuhan
antara satu sama lain dan Allah
akan mengirimkan petunjuk
(hidayah) kepada Adam suami
isteri dan kepada zuriat
mereka, dan sesiapa yang
menurut petunjuk itu maka ia
tidak akan sesat, menderita dan
tidak akan merasa takut dan
tidak akan berdukacita. (QS
Taha ayat 123).

Cblk
BAGIKAN
Fb